Dari Anas r.a.
berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas
matinya.
1)
Sesiapa
yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh
orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi
ada orang yang minum daripadanya.
3) Sesiapa yang menulis mushaf ia akan
mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4) Orang yang menggali perigi selagi ada orang
yang menggunakannya.
5) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi
ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna
selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7) Orang yang meninggalkan anak yang soleh
yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan
mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi
pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga
macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
0 comments:
Post a Comment